Kerjaya antarabangsa Presnel Kimpembe

Kimpembe mendapat panggilan pertama daripada pasukan senior Perancis selepas Eliaquim Mangala mengalami kecederaan bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 menentang Bulgaria dan Belanda pada Oktober 2016.[12] Pada Januari 2018, bekas pemain Arsenal dan Chelsea iaitu William Gallas menyatakan bahawa Kimpembe merupakan pemain harapan untuk pasukan Perancis.[13]

Kimpembe akhirnya melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis pada 27 Mac 2018 iaitu selepas setahun setengah beliau mendapat panggilan pertama. Beliau beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Rusia[14] selepas menggantikan Ousmane Dembélé pada minit ke-72 dalam perlawanan yang berkesudahan Perancis menang 3-1.

Pada 17 Mei 2018, beliau dipanggil ke dalam senarai 23 pemain dalam skuad Perancis untuk kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.[15] Dalam kejohanan itu, beliau beraksi selama 90 minit semasa aksi peringkat kumpulan menentang Denmark.[16] Kimpembe memenangi Piala Dunia bersama Perancis selepas pasukannya membenam Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir.

Rujukan

WikiPedia: Presnel Kimpembe http://actu.cd/2015/03/19/les-transferts-le-congol... http://acpcongo.com/acp/trois-ans-de-contrat-du-fo... http://www.espnfc.com/france/story/2965247/psgs-pr... http://au.eurosport.com/football/presnel-kimpembe_... http://www.goal.com/fr/news/psg-kimpembe-est-le-fu... http://www.skysports.com http://www.leparisien.fr/sports/football/psg/coupe... https://www.bbc.com/sport/football/44754965 https://www.bbc.com/sport/football/47461886 https://tournament.fifadata.com/documents/FWC/2018...